Jumlah Pengeluaran I Sinar Boleh Diubah Mulai Hari Ini (8 Mac 2021)

 

Selesai pembayaran i-sinar kategori 2 minggu lalu pada 2 Mac 2021, seperti yang dimaklumkan oleh Kerajaan Malaysia, permohonan baharu i-sinar tanpa syarat boleh dibuat mulai 8 Mac 2021.

Sebelum ini, ramai pemohon telah membuat kesalahan memasukkan jumlah amaun pengeluaran dan maklumat akaun bank. 

Kemaskini/Perubahan Maklumat I-Sinar 

Dengan itu, KWSP telah memberi kelonggaran kepada pemohon yang membuat kesalahan masuk jumlah pengeluaran dan maklumat akaun bank untuk i-sinar bermula pada: 

- 8 Mac 2021 (Isnin) 

- Sama tarikh dengan permohonan baru untuk i-sinar

Antara perubahan yang diberi oleh KWSP:

1) Jumlah pengeluaran

2) Perubahan maklumat akaun bank

3) Nombor telefon

4) Alamat

5) Kaedah pembayaran i-sinar setiap bulan 

Pemohon boleh membuat perubahan di portal rasmi i-sinar bermula sekarang.

Post a Comment

0 Comments