Tujuan sumbangan bantuan ini adalah untuk pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.
Selain itu, ia mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.
Syarat-syarat kelayakan khusus:
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Kumpulan sasar JKM;
- Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa iaitu pendapatan isi rumah RM2589 ke bawah.
Bantuan akan diberikan sekaligus iaitu RM2700 untuk satu isi rumah.
Cara Memohon:
Layari website: Jabatan Kebajikan Masyarakat (jkm.gov.my)
atau boleh pergi terus ke: Jabatan Kebajikan Masyarakat atau JKM yang terletak di UTC kawasan masing-masing.
0 Comments