Tajaan Penuh bagi Program Pra Diploma UITM Untuk Pelajar B40






Program Pra-Diploma ini merupakan initiatif UiTM yang memberi laluan khas kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak memenuhi syarat asas untuk meneruskan pengajian di universiti awam iaitu pengajian di UiTM melalui program Pra Diploma. Setelah tamat menjalani program pra, para pelajar ini akan diterapkan ke pengajian di peringkat Diploma di beberapa Fakulti di UiTM mengikut pilihan masing-masing.


Peluang ini membantu pelajar supaya dapat melanjutkan pengajian hingga ke peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah.

Pengambilan Pra Diploma UITM, Mac 2024. 


BAGAIMANA MEMOHON?

  1. PERMOHONAN NO PIN
    Layari https://bit.ly/pinpra untuk permohonan no pin percuma Pra Diploma

  2. BORANG PERMOHONAN ATAS TALIAN
    Layari laman sesawang https://online.uitm.edu.my/pra untuk melengkapkan borang permohonan. Rujuk Manual Pendaftaran

  3. PENYERAHAN DOKUMEN LAMPIRAN
    Emelkan dokumen yang diperlukan ke Pejabat Pra Diploma mengikut alamat semasa pemohon. Muat turun Senarai Emel Kampus Pra Diploma

    • Salinan Kad Pengenalan pemohon
    • Salinan Sijil SPM/SPM ulangan
    • Salinan Sijil Kelahiran pemohon
    • Salinan Kad Pengenalan Ibu & Bapa*
    • Salinan Sijil Kelahiran Ibu & Bapa*
    • Salinan Slip Pendapatan Ibu & Bapa atau Surat Pengesahan Pendapatan
    • Sijil Kematian / Penceraian ibu bapa (jika berkaitan)
    • Kelulusan / Slip Bantuan Sara Hidup Rakyat (jika berkaitan)
    • Sijil pencapaian Atlet (Untuk permohonan Laluan Khas PPT Atlet sahaja)

 

SENARAI PROGRAM



SYARAT KEMASUKAN KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
1.
Permohonan hanya terbuka kepada CALON LEPASAN SPM SAHAJA.
2.
Berketurunan Melayu/Anak Negeri Sabah/Anak Negeri Sawarak/Orang Asli Semananjung Sahaja dan Warganegara Malaysia.
3.
Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dimohon.
4.
Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
5.
Calon yang pernah belajar di UiTM dan TELAH DIBERHENTIKAN ATAU GUGUR TARAF TIDAK DIBENARKAN memohon semula ke program yang sama seperti yang pernah ditawarkan sebelum ini.
6.
Permohonan anda akan terbatal sekiranya anda didapati memberi maklumat salah/ tidak benar / manipulasi maklumat dalam borang permohonan kemasukan berkaitan dengan :

  • Kewarganegaraan Malaysia.
  • Status Melayu/Anak Negeri Sabah/Anak Negeri Sarawak/Orang Asli Semenanjung.
  • Kelayakan/keputusan peperiksaan SPM


Namun bagi pelajar golongan B40, boleh memohon bantuan penuh dengan mengemukakan slip gaji penjaga tidak melebihi RM5000. 00 (tertakluk syarat universiti). Pelajar akan memperoleh kelebihan berikut:

  • Yuran percuma
  • Yuran kolej kediaman percuma
  • Elaun sara hidup diberikan

Tarikh tutup permohonan: 31 Januari 2024



Hubungi:

Bahagian Pengambilan Pelajar
Kompleks Antarabangsa,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,Selangor


Tel: 03-5521 1416, 1444, 1448, 1449
Emel: pradiploma@uitm.edu.my


Laman Sesawang: Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM
Laman Panduan Pra Diploma: https://bit.ly/panduanpra
Saluran WhatsApp Rasmi Pra Diploma: https://bit.ly/prauitm































Post a Comment

0 Comments