Bantuan Am Persekutuan sebanyak RM350 sekeluarga, mohon sekarang!



Bantuan Am Persekutuan adalah sebuah pemberian bantuan tunai di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan bertujuan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Kadar bayaran Bantuan Am Persekutuan: Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga.


Syarat-syarat Kelayakan:

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:

  1. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
  2. PGK purata miskin Per Kapita Semasa 

  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain 


Muat naik borang bantuan Disini


Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak seperti di pautan* berikut: 

 

  1. Pejabat Kebajikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  2. Pejabat kebajikan Wilayah Persekutuan Labuan
  3. Pejabat Kebajikan Wilayah Persekutuan Putrajaya 


Hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian : +603-8000-8000


Post a Comment

0 Comments