Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) adalah sebuah inisiatif Kerajaan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Orang Kurang Upaya (OKU) bertujuan untuk membantu golongan tersebut untuk kesinambungan hidup serta menggalakkan mereka untuk terus tinggal bersama keluarga .
Kadar bayaran Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) : RM300 sebulan seorang .
Kelayakan
Warganegara Malaysia
Berumur 16 tahun dan ke atas
Pemegang kad OKU JKM
Tidak berupaya bekerja
Pemohon bukan penghuni/pelatih:
Institusi kendalian JKM
Pusat jagaan harian/berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/kemudahan secara percuma
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi:
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa atau
PGK purata miskin Per Kapita Semasa
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 - Jadual Kesembilan Senarai Perundangan
Cara memohon & dokumen sokongan (jika ada). Rujuk website IA/soalan lazim (mana-mana Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
Salinan penyata gaji (jika ada)
Lain-lain dokumen yang berkaitan
Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
0 Comments