Kemaskini Maklumat Dan Permohonan Baru STR 2024








Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan bertujuan untuk menghadapi cabaran kos sara hidup.


Permohonan STR dibuka sepanjang tahun mulai 1 November 2023 dan boleh dikemukakan pada bila-bila masa sepanjang tahun.


Pemohon perlu membuat kemaskini permohonan sekiranya permohonan tidak dikemaskini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2023 (kecuali warga emas dan penduduk pendalaman Sabah/Sarawak).


Pemohon perlu membuat permohonan baharu sekiranya pemohon tidak mempunyai rekod di dalam sistem STR 2024.


Bayaran STR akan disalurkan 4 kali setahun mengikut kategori kelayakan seperti di bawah, di mana tarikh penyaluran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.




Syarat Kelayakan Permohonan STR 2024


  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah




Mohon Di Sini 👇

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (hasil.gov.my)


Sila daftar sekarang!

Post a Comment

0 Comments