TERKINI: KWSP - i-Saraan, permohonan dibuka untuk golongan bekerja sendiri

 


i-Saraan ialah sebuah insentif oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah Belanjawan 2024 yang membolehkan individu yang bekerja sendiri dan golongan yang tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman secara sukarela bagi tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan sebagai insentif daripada pihak Kerajaan.


Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 60 tahun ke bawah
  • Berdaftar sebagai ahli KSWP
  • Individu yang bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap, suri rumah dan kakitangan kerajaan yang memilih skim pencen


  • Untuk mendaftar i-Saraan:
  1. Isikan borang i-Saraan KWSP 16G(M)
  2. Buat pendaftaran secara dalam talian di Portal Pendaftaran i-Saraan atau kaunter KWSP (Rujuk lokasi pejabat berhampiran)


  • Dokumen yang diperlukan:
  1. Kad Pengenalan (MyKad)
  2. Borang i-Saraan - (KWSP 16G (M)


Faedah:
  • Insentif Khas : 
  • Menerima insentif khas sebanyak 15% daripada jumlah caruman sehingga maksimum RM500 dalam tahun semasa
  • Had insentif seumur hidup sebanyak RM5,000 atau mencapai umur 60 tahun yang mana lebih awal​
  • Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan

  • Pelepasan Cukai: 
  • Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN

  • Dividen Tahunan:
  • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda

  • Bantuan Kematian:
  • Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP

Post a Comment

0 Comments