Bantuan Awal Persekolahan 2024 bernilai RM150 telah dikreditkan hari ini





Bantuan Awal Persekolahan dalah bantuan tunai di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi semua murid bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan akan datang.


Pembayaran dibuat secara one-off (sekali bayar) sebanyak RM150 kepada setiap murid mulai Januari 2024.


Bantuan BAP akan disalurkan melalui sekolah dan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.


Ibu bapa menyambut baik dengan bantuan ini, ramai mengucapkan syukur kerana meringankan beban mereka. 




Diharapkan ibu bapa menggunakan bantuan tersebut dengan sebaiknya, untuk keselesaan anak-anak ke sekolah. 


Kredit: Kementerian Pendidikan Malaysia

Post a Comment

0 Comments