BSN keluarkan notis tarikh pengkreditan STR Fasa 1 2024

 


Bank Simpanan Nasional telah mengeluarkan notis pada hari ini, berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 1. 


Berdasarkan notis tersebut, pembayaran STR akan dikreditkan ke dalam akaun BSN secara berperingkatberdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN. 


Pelanggan BSN dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet myBSN atau mesin teler automatik (ATM) BSN.


Bayaran secara tunai juga akan turut dilakukan di seluruh cawangan BSN . Pelanggan perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.


Tuan/puan boleh menyemak status kelayakan melalui pautan berikut: 

1)Layari laman sesawang SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (hasil.gov.my) atau 

2)Hubungi Lembaga hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melalui talian 1800-88-2747


Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan dibuat mulai 29 JAN 2024 (Isnin).


Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakili penerima bagi penunaian STR. Rujuk laman sesawang STR untuk malumat lanjut. 




Jumlah bantuan STR Fasa 1 

Rujuk sini

Kemaskini maklumat dan permohonan STR

Rujuk sini

Kredit: LHDNM, BSN



Post a Comment

0 Comments