Jawatan Kosong Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 - Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) Kontrak JAKIM







Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 - Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA). 

Kekosongan: 11

Penempatan: Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor

Tarikh Tutup Permohonan: 28 Januari 2024

HubungiSuruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia - Pengumuman Terkini (spa.gov.my)

Syarat-syarat kelayakan seperti berikut: 



KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED S19:

 Kelayakan Masuk:Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
 Bidang/Kelayakan Khusus:Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
serta:
Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran & As-
Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan
Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi).
 Gaji Permulaan:S19: RM1,352.00

 ATAU

 Kelayakan Masuk:Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
 Bidang/Kelayakan Khusus:Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 Gaji Permulaan:S19: RM1,408.40

 ATAU

 Kelayakan Masuk:Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
 Bidang/Kelayakan Khusus:Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 Gaji Permulaan:S19: RM1,464.80

DAN

 Syarat Lantikan Tambahan:

 

 Syarat Bahasa Melayu:Kepujian di peringkat SPM/SVM

 


DAN
 
 Bidang Kelayakan Akademik:
 Bidang Lain: 



RINGKASAN TUGAS


 Ringkasan tugas:
-BERTANGGUNGJAWAB KEPADA :
-
-1. Penolong Pengarah/Penolong Setiausaha 2. Penolong Pegawai
-
-DESKRIPSI TUGAS
-
-Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan dakwah, pengurusan masjid, akidah, halal, undang-undang Syariah, Baitulmal dan penguatkuasaan.
-
-SENARAI TUGAS: Pegawai Kader:
-
-1. Menyelaras, membantu dan merancang program berkaitan Pendekatan Hadhari (PH), Penerapan Nilai-nilai Islam (PNI), dan Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam (PIPA) di Kementerian/Jabatan/Agensi.
-
-2. Bertanggungjawab menguruskan program Hadhari dan Pembangunan Insan berkaitan Kursus Tasawwur Islam, Kursus Bina Taqwa dan Kursus Bina Insan kepada pegawai dan kakitangan di Kementerian/Jabatan/Agensi.
-
-3. Memantau dan menganalisis prestasi dan melapor pelaksanaan Pendekatan Hadhari, Penerapan Nilai-nilai Islam (PNI) dan Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam (PIPA) di Kementerian/Jabatan/Agensi.
-
-4. Menjadi pakar rujuk dan memberi khidmat nasihat mengenai hal ehwal Islam di Kementerian/Jabatan/Agensi.
-
-5. Membantu pihak Kementerian/Jabatan/Agensi merancang dan melaksana program berkaitan hari-hari kebesaran Islam di Kementerian/Jabatan/Agensi.
-
-6. Bertanggungjawab menyediakan bajet tahunan berkaitan dengan program-program keagamaan di Kementerian/Jabatan/Agensi.
-
-7. Mengajar penghuni agama Islam asa-asas fardhu ain dan al-Quran.
-
-8. Bertanggungjawab membantu dalam melaksanakan program dan aktiviti berkaitan agama Islam di institusi
-
-9. Melibatkan diri dalam program dan aktiviti keagamaan yang diaturkan dan ditetapkan oleh institusi.
-
-10. Membantu Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam menyediakan laporan aktiviti program agama Islam
-
-11. Membantu menyediakan bahan-bahan untuk teks khutbah Jumaat.
-
-12. Memberi khidmat nasihat kepada penghuni beragama Islam.
-
-13. Melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
















Post a Comment

0 Comments