Jawatan Kosong Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 - Penyelia Kafa (Kontrak JAKIM)




Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 - Penyelia Kafa berstatus kontrak.


Kekosongan: 14


Penempatan: Wilayah Persekutuan, Kedah, Pahang, Melaka, Johor, Negeri Sembilan, 

                       Kelantan, Terengganu dan Sarawak


Tarikh Tutup Permohonan: 28 Januari 2024


Hubungi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia - Pengumuman Terkini (spa.gov.my)


KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED S19 :

 Kelayakan Masuk:Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
 Bidang/Kelayakan Khusus:Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
serta:
Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran & As-
Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan
Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi).
 Gaji Permulaan:S19: RM1,352.00

 ATAU

 Kelayakan Masuk:Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
 Bidang/Kelayakan Khusus:Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 Gaji Permulaan:S19: RM1,408.40

 ATAU

 Kelayakan Masuk:Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
 Bidang/Kelayakan Khusus:Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 Gaji Permulaan:S19: RM1,464.80

DAN

 Syarat Lantikan Tambahan:

 

 Syarat Bahasa Melayu:Kepujian di peringkat SPM/SVM

 


DAN
 
 Bidang Kelayakan Akademik:
 Bidang Lain: 


PERUNTUKAN LAIN



 Peruntukan KMP

:

Ya
  Jenis KMP:Akademik
 Peruntukan HPG:Tiada
 Peruntukan Kemasukan Lateral:Tiada
 Jenis Naik Pangkat:Biasa
 Peruntukan (KPSL):Ya
  KPSL Dari:Tiada
   Syarat KPSL:Tiada
  KPSL Ke:( 1 )  Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
( 2 )  Penghulu
   Syarat KPSL:Akademik  atau  Peperiksaan Khas


RINGKASAN TUGAS


 Ringkasan tugas:
-BERTANGGUNGJAWAB KEPADA :
-
-1. Penolong Pengarah/Penolong Setiausaha 2. Penolong Pegawai
-
-DESKRIPSI TUGAS
-
-Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan dakwah, pengurusan masjid, akidah, halal, undang-undang Syariah, Baitulmal dan penguatkuasaan.
-
-SENARAI TUGAS: Pegawai Kader:
-
-1. Menyelaras, membantu dan merancang program berkaitan Pendekatan Hadhari (PH), Penerapan Nilai-nilai Islam (PNI), dan Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam (PIPA) di Kementerian/Jabatan/Agensi.
-
-2. Bertanggungjawab menguruskan program Hadhari dan Pembangunan Insan berkaitan Kursus Tasawwur Islam, Kursus Bina Taqwa dan Kursus Bina Insan kepada pegawai dan kakitangan di Kementerian/Jabatan/Agensi.
-
-3. Memantau dan menganalisis prestasi dan melapor pelaksanaan Pendekatan Hadhari, Penerapan Nilai-nilai Islam (PNI) dan Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam (PIPA) di Kementerian/Jabatan/Agensi.
-
-4. Menjadi pakar rujuk dan memberi khidmat nasihat mengenai hal ehwal Islam di Kementerian/Jabatan/Agensi.
-
-5. Membantu pihak Kementerian/Jabatan/Agensi merancang dan melaksana program berkaitan hari-hari kebesaran Islam di Kementerian/Jabatan/Agensi.
-
-6. Bertanggungjawab menyediakan bajet tahunan berkaitan dengan program-program keagamaan di Kementerian/Jabatan/Agensi.
-
-7. Mengajar penghuni agama Islam asa-asas fardhu ain dan al-Quran.
-
-8. Bertanggungjawab membantu dalam melaksanakan program dan aktiviti berkaitan agama Islam di institusi
-
-9. Melibatkan diri dalam program dan aktiviti keagamaan yang diaturkan dan ditetapkan oleh institusi.
-
-10. Membantu Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam menyediakan laporan aktiviti program agama Islam
-
-11. Membantu menyediakan bahan-bahan untuk teks khutbah Jumaat.
-
-12. Memberi khidmat nasihat kepada penghuni beragama Islam.
-
-13. Melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Post a Comment

0 Comments