JKM - Bantuan kanak-kanak sehingga RM1000

 


Bantuan Kanak Kanak (BKK) adalah sebuah bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi keluarga/penjaga kepada anak/kanak-kanak atau membantu anak/kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga bertujuan untuk terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.


Kadar bagi BKK ialah minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan sekeluarga mengikut pecahan berikut:


Kadar bayaran adalah seperti berikut:

  • 6 tahun kebawah = RM200
  • 7 tahun hingga 18 tahun = RM150
  • Maksimum untuk keluarga = RM1000

Kelayakan:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah
  • Remaja berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas
  • Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 - Jadual Kesembilan Senarai Perundangan


Cara memohon:

  • Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara

     

  1. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
  2. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak

 

  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:

     

  1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan

 

  • Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan atau
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

 


Hubungi:


Jabatan Kebajikan Masyarakat 

Tel: +603-8000-8000

email: pro_jkm@jkm.gov.my

Post a Comment

0 Comments