Kekosongan Jawatan Guru SRI Az-Zahrawi Hillpark (Swasta)



Kumpulan Pendidikan Az-Zahrawi mencari mereka yang berkelayakan, komited, berinisiatif tinggi, kreatif dan mempunyai semangat positif serta berkebolehan untuk menjadi sebahagian dari organisasi kami dalam mendidik dan mendokong perkembangan para pelajar di bawah sekolah swasta kendalian kami ini iaitu :



Bidang tugas asas seorang guru :

1. Mengajar subjek-subjek KSSR (silibus KPM).
2. Mengajar subjek-subjek diniyyah, PSRA & UPKK (silibus JAIS dan JAKIM).
3. Membuat tugasan persediaan dan laporan rutin perguruan.
4. Menjadi guru kelas dan lain-lain jawatan berkaitan.
5. Mengetuai program dan aktiviti anjuran sekolah berkaitan perkembangan akademik, sahsiah dan bakat.
6. Menjalankan tugas ko-kurikulum dan menyelia aktiviti sukan.


Kelayakan adalah seperti berikut :

1. Ijazah sarjana muda atau diploma dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf MQA.
2. Calon yang mempunyai pengalaman mengajar di sekolah rendah kerajaan atau swasta mempunyai kelebihan.
3. Calon yang cekap dan fasih berbahasa Inggeris mempunyai kelebihan.
4. Calon yang mempunyai latar belakang dan kebolehan berbahasa arab mempunyai kelebihan.
5. Boleh membaca al-Quran dengan fasih.
6. Bersedia memulakan tugas pada 27 FEBRUARI 2024 (SELASA)


Kemudahan Perjawatan :

Caruman wajib KWSP, PERKESO dan SIP.
Perkhidmatan pembayaran zakat pendapatan dan pinjaman pelajaran.
Cuti tahunan, cuti sakit, cuti kecemasan, cuti ihsan, cuti peristiwa dan lain-lain.
Perlindungan takaful PERCUMA dari pihak syarikat.
Makan harian disediakan secara PERCUMA.
Uniform rasmi bekerja diberikan secara PERCUMA.
Pinjaman tanpa faedah (qard hasan), hadiah kecemerlangan prestasi.
Aktiviti ukhuwwah, riadah, sosial dan kebajikan yang menarik oleh Kelab Guru & Staf Az-Zahrawi.
Kursus Latihan Pembangunan dan Pengupayaan berterusan untuk meningkatkan kemahiran secara PERCUMA.


Untuk memohon, e-mel permohonan lengkap bersama dokumen berikut ke hr@azzahrawi.edu.my


1. Tajuk emel (contoh) : Permohonan Jawatan Guru di Sekolah Rendah Islam Az-Zahrawi Hillpark.
2. Surat rasmi permohonan jawatan.
3. Resume peribadi yang terkini dengan gambar berwarna ukuran passport.
4. Penyata gaji terkini (Lampirkan penyata gaji dari syarikat majikan terakhir atau yang terkini) sekiranya ada.

Tarikh tutup permohonan : 20 FEBRUARI 2024 (SELASA)
Tarikh temu duga : 22 JANUARI - 22 FEBRUARI 2024
Tarikh lapor diri : 27 FEBRUARI 2024 (SELASA)

Hubungi Bahagian Sumber Manusia untuk sebarang maklumat lanjut di talian: 014-3214292.

Post a Comment

0 Comments