Kemudahan Bantuan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi (BPMUR)








Perluasan kemudahan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi (BPMUR) meliputi pakaian Batik Malaysia di bawah Belanjawan 2024 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang layak.

Program ini adalah kesinambungan kepada arahan pemakaian Batik Malaysia pada setiap hari khamis dan digalakkan pemakaiannya pada hari bekerja yang lain.
Perluasan kemudahan BPMUR akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2024.

Tafsiran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi adalah seperti berikut:


' Pakaian Menghadiri Upacara rasmi ' ertinya Pakaian Kebangsaan, Dark Lounge Suit atau Pakaian Batik Malaysia bagi lelaki atau pakaian bersesuaian bagi wanita termasuk Pakaian Batik Malaysia semasa dikehendaki menghadiri upacara rasmi untuk menerima bintang atau pingat dalam Majlis-majlis Istiadat Pengurniaan Bintang dan Pingat Persekutuan/Negeri atau bertugas rasmi di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. 


Syarat-syarat Kelayakan

Semua pegawai perkhidmatan Awam persekutuan yang wajib memakai pakaian Batik Malaysia ketika bertugas harian pada hari Khamis kecuali mereka yang dibekalkan pakaian seragam layak menuntut BPMUR selari dengan surat edaran JPA yang mewajibkan pemakaian Batik Malaysia pada setiap hari Khamis.

Post a Comment

0 Comments