Pas Bulanan My50 untuk penggunaan kenderaan awam untuk seluruh rakyat Malaysia - Bas, LRT, MRT, BRT


Pas Bulanan My50 adalah sebuah bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh PRASARANA bagi semua rakyat Malaysia bertujuan untuk memberi akses kepada perkhidmatan pengangkutan Prasarana tanpa had


Pas perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk Rapid KL LRT, MRT, Monorail, BRT, bas Rapid KL dan bas perantara MRT di Lembah Klang. 


Untuk Pulau Pinang, Pas My50 Mutiara menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had untuk semua warganegara yang menggunakan servis bas Rapid Penang


Untuk Kuantan, My50 tidak boleh digunakan untuk servis bas Rapid Kuantan. 


Syarat-syarat Kelayakan:

Hanya warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad atau MyTentera yang sah layak membeli My50 di Lembah Klang dan Pas Mutiara untuk Pulau Pinang.


Cara-cara Memohon: 

Tempoh permohonan: Produk in tersedia untuk pembelian dari 15 Februari 2023 sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak


Dokumen yang diperlukan: MyKad/MyTentera yang mempunyai fungsi Touch ‘n Go


Berikut adalah senarai kaunter Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL/Hab Bas untuk pembaharuan/tambah nilai:

  1.  Semua stesen LRT
  2. Semua stesen Monorel
  3. Semua stesen BRT
  4. Hab Bas RPID KL tertentu:
    1. Pasar Seni
    2. Chow Kit 
    3. KLCC
    4. Sri Nilam
    5. Puchong Utama
    6. Pearl Point
    7. Sunway Piramid
    8. Greenwood
    9. Seksyen 2 Shah Alam
  5. Kiosk Rapid Penang tertentu;
    1. Komtar
    2. Weld Quay (Terminal B)
    3. Penang Central
    4. Bukit Jambul
    5. Ibu Pejabat Rapid
    6. Penang (Lorong Kulit)
    7. Kompleks Dat’ kailan (Kepala Batas)
    8. Balik Pulau
    9. Bukit Mertajam

  • Cara membeli Pas My50 di Lembah Klang:
    1. Sila pastikan MyKad atay MyTentera anda mempunyai fungsi Touch 'n Go
    2. Bawa MyKad atau MyTentera anda ke Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL Rail atau hab bas terpilih di atas dan pastikan MyKad atau MyTentera mempunyai tambah nilai minimum RM55 terlebih dahulu. Jika nilai dompet anda tidak mencukupi, anda perlu memuatkan semula jumlah minimum RM60 ke MyKad atau MyTentera anda. Selepas ditolak yuran tambah nilai RM0.50, RM9.50 akan disimpan dalam nilai dompet Touch 'n Go anda. Baki tidak akan ditolak sebaik pas anda telah diaktifkan, melainkan anda menggunakannya untuk transaksi lain (tol, kedai runcit, tempat letak kereta, dll);
    3. Pertimbangkan atau tentukan lebih awal tarikh yang anda ingin "aktifkan" atau mula menggunakan pas. Pas My50 akan diaktifkan sebaik sahaja ia menyentuh pas pintu dan akan dianggap sebagai Hari 1. Anda juga boleh memohon pembaharuan automatik di mana-mana Pejabat Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL Rail atau hab bas terpilih di atas. Apabila anda memilih untuk pembaharuan automatik My50. Sila pastikan jumlah dalam nilai dompet anda dikekalkan sekurang-kurangnya RM55 untuk pas diperbaharui secara automatik.

  • Cara membeli Pas My50 Mutiara di Pulau Pinang
    1. Bawa MyKad atau MyTentera anda ke mana-mana hab bas atau kiosk terpilih di Pulau Pinang yang dinyatakan di atas untuk membeli Pas My50 Mutiara untuk Pulau Pinang.
    2. Pertimbangkan atau tentukan lebih awal tarikh yang anda ingin "aktifkan" atau mula menggunakan pas. Pas My50 Mutiara akan diaktifkan sebaik sahaja ia menyentuh pembaca kad bas apabila anda menggunakan perkhidmatan bas Rapid Penang. Anda juga boleh memohon pembaharuan automatik di mana-mana hab bas terpilih di Kuantan sahaja.

Hubungi: 

Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) 
Tel: +603-7885 2585
Email: suggest@rapidkl.com.my

Post a Comment

0 Comments