Pembiayaan Modal kepada Usahawan Perkhidmatan Penghantaran Menggunakan Motosikal Sehingga RM10,000



Menyediakan kemudahan pembiayaan kepada usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal. Bantuan ini adalah untuk golongan sasar iaitu usahawan Perkhidmatan Penghantaran menggunakan motosikal (cth: Rider Foodpanda, Grab Food, Lalamove dll).


Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 disediakan kepada pemohon untuk tujuan berikut:

  • Pembelian Motosikal
  • Baik Pulih Motosikal
  • Modal Pusingan



Jumlah pembiayaan:

  1. Baik Pulih Motosikal & Modal Pusingan: RM1,000 – RM5,000
  2. Pembelian Motosikal: RM1,000 – RM10,000


Tempoh pembiayaan:

Sehingga 36 bulan @ 3 tahun


Syarat kelayakan asas untuk permohonan TEKUN Nasional:

  1. Bumiputera dan Warganegara Malaysia (Masyarakat India bagi SPUMI)
  2. Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  3. Pemohon bukan seorang muflis
  4. Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia (Syarikat 100% hak milik Masyarakat India bagi SPUMI)
  5. Mempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan (SSM) / Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh. Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
  6. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile) / atas talian (online)
  7. Terlibat secara langsung / separuh masa dalam perniagaan
  8. Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda)
  9. Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 (kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i; RM500,000)
  10. Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon)
  11. Bagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan
  12. Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan
  13. Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah


Syarat tambahan:

  1. Mempunyai lesen memandu B1 / B2 yang sah.
  2. Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar.
  3. Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  4. Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal.
  5. Pembiayaan yang diluluskan bagi tujuan pembelian motosikal, Borang Pengesahan Pembelian Motosikal perlulah diisi oleh penerima biaya setelah membuat pembelian motosikal seperti sebut harga (quotation) yang dikemukakan semasa permohonan sebagai bukti pembelian.
  6. Penerima biaya Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 wajib membuat bayaran balik menggunakan kaedah berikut:
  • Aplikasi elektronik – Direct Debit e-Mandate yang mempunyai akses perbankan internet (online banking), atau
  • Cek tarikh tertunda


Dokumen asas yang diperlukan:

Pemohon hanya perlu mengemukakan Borang Permohonan Pembiayaan dan dokumen tambahan (jika berkenaan) seperti berikut:

1. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan) (depan dan belakang)

2.Lesen / Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM)

Atau

Pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu

3.Gambar perniagaan pemohon yang menunjukkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan

4.Salinan 3 bulan transaksi terkini Penyata Bank akaun Simpanan / akaun Semasa yang mengandungi nama / syarikat pemohon, nama bank dan nombor akaun bank

5.Dokumen tambahan (jika berkenaan).



Dokuman tambahan:


  1. Skim ini adalah mengikut senarai dokumen yang diperlukan dan dokumen tambahan (jika berkenaan)
  2. Salinan dokumen pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar / ID e-hailing
  3. Dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal.
  4. Tiga (3) bulan penyata e-hailing terkini


Cara Permohonan:

Permohonan hanya boleh dilakukan melalui Pejabat Cawangan TEKUN (Over the Counter) yang berdekatan dengan premis perniagaan pemohon atau tertakluk kepada perubahan semasa.


Saluran bayaran hutang dan simpanan:

Pejabat TEKUN Cawangan, kutipan oleh Pegawai TEKUN, bayaran melalui mana-mana Bank yang dimaklumkan oleh TEKUN, POS Malaysia, bayaran melalui cek tarikh tertunda (Post Dated Cheque / PDC), bayaran melalui aplikasi elektronik (Direct Debit e-Mandate) atau melalui kaedah lain yang ditetapkan oleh TEKUN dari semasa ke semasa.

Kredit: Tekun Nasional

Post a Comment

0 Comments