Skim Jaminan Kredit Perumahan - MADANI (SJKP-MADANI) adalah sebuah inisiatif Kerajaan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad.
Bagi golongan pendapatan tidak tetap bertujuan untuk membantu pembeli rumah pertama yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan slip gaji seperti pekerja ekonomi gig dan bebas, pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil yang berkelayakan untuk mendapatkan kemudahan gadai janji .
PERKARA
Tujuan Pembiayaan:
Pembiayaan gadai janji
Had Pembiayaan:
- Sehingga RM360,000.00 (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA/MRTT/LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian
Jenis Pembiayaan:
- Pinjaman/Pembiayaan bertempoh
Tempoh Pembiayaan:
- Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan)
Jaminan Pembiayaan:
- Jaminan pembiayaan sehingga maksimum 120% daripada harga rumah kediaman merangkumi
- Sehingga maksimum 100% harga rumah; dan
- Sehingga maksimum 20% daripada harga rumah bagi MRTA*/MRTT*, LTHOT*, yuran guaman, yuran penilaian, kos ubah suai dan pembelian perabot
- Kadar Faedah/Keuntungan : Seperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat
*MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance
*MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful
*LTHO: Long Term House owner’s Takaful
KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas. Pinjaman dua generasi dibenarkan
- Kategori berpendapatan tidak tetap atau bekerja sendiri
- Kategori berpendapatan tetap
- Pembelian kali pertama rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan untuk didiami
- Terbuka untuk rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan
- Jumlah bayaran balik kesemua pinjaman pemohon tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan
- Tiada rekod tertunggak CCRIS* melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini
- Tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan
Dokumen yang diperlukan:
Kediaman/Rumah
Perjanjian asal Jual Beli/ borang tempahan/ resit bayaran muka kediaman/rumah
Pendapatan
Penyata akaun Bank atau deposit 6 bulan terkini (jika ada)
Cukai Pendapatan/ Penyata KWSP Terkini
Surat pengesahan pekerjaan
Dokumen Sokongan Lain
Salinan Kad Pengenalan pemohon
Surat Pengesahan (jika ada)
Lesen perniagaan; atau kad pendaftaran Nelayan; atau permit teksi (yang mana berkenaan)
Surat akuan bekerja sendiri atau penyata pendapatan yang disahkan oleh JKKK atau penjawat kerajaan Kategori A, Penghulu/Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank.
0 Comments