Pencarum PERKESO boleh membuat saringan kesihatan secara PERCUMA 2024




Program Saringan Kesihatan (HSP) adalah sebuah program yang ditawarkan oleh PERKESO yang menawarkan pemeriksaan kesihatan secara PERCUMA kepada pekerja bagi pengesanan awal Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) seperti diabetes, darah tinggi, kanser dan risiko penyakit jantung.


Program ini akan dilaksanakan bermula 16 Mei 2023 sehingga tahun 2024.


PERKESO telah menambahbaik program HSP Fasa 3 (HSP 3.0) dengan meningkatkan parameter saringan kesihatan dengan menawarkan ujian pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi pengesanan lebih banyak faktor risiko.


Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 40 hingga 59 tahun
  • Merupakan pencarum aktif PERKESO di bawah Skim Keilatan (mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) caruman terkini dalam tahun semasa)
  • Telah mencarum sekurang-kurangnya 12 bulan di bawah Skim Keilatan


Cara Memohon

  1. Semak kelayakan

  2. Tetapkan temu janji saringan kesihatan

  3. Akses keputusan saringan kesihatan




Hubungi

*Nota: Sila pilih tetapan bahasa BM untuk paparan Bahasa Melayu 



Post a Comment

0 Comments